Adun Teratai.

Kesemua 29 orang yang di tahan kerana memasuki Hutan Simpan di Cameron Highland Pahang tanpa permit termasuk YB ADUN Teratai dari Selangor telah dibawa ke Balai Polis Sg Koyan bagi tujuan swap test.

Mereka di tahan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan PDRM kerana memasuki hutan simpan tanpa permit dan merentas negeri ketika PKP.

Agak mengejutkan dan menimbulkan tandatanya apakah alasan bagi seorang ADUN Teratai dari Selangor membawa rombongan seramai 29 orang di kawasan pedalaman di tengah hutan simpan di Negeri Pahang ?

Nama asal.

*Mungkin ramai yang tidak tahu dan mungkin juga ramai yang sudah lupa.*

NAMA² ASAL :

1.Shah Alam nama asalnya Ladang Sungai Renggam.

2. Kajang bermula dari nama Rekoh (sekarang Reko).

3. Dato Keramat , KL nama asalnya Tangga Cina. Wujud dari sebuah keramat Cina di atas bukit ( sekarang Setiawangsa ).

4. Subang Jaya berasal dari nama Ladang Seafield.

5. Petaling Jaya berasal dari Ladang Effingham.

6. Cyberjaya nama asalnya ialah Kampung Air Terentang.

7. Putrajaya nama asalnya ialah Ladang Prang Besar.

8. Damansara nama dulunya ialah Damar Sara.

9. Kota Warisan nama asalnya ialah Estet Ampar Tenang.

10.Taman Kosas dulunya dipanggil High Chapparal sepena siri koboi tv 70an.

11. Bandar Baru Bangi dulunya Estet West Country.

12.Wangsa Maju adalah Ladang Howthornden .

13. Setiawangsa dulu Bukit Tangga Cina.

14. Bangsar namanya diambil sempena nama planters Bunge-Grisar or BungSar Estate.

15. Selangor asal dari burung Selangau.

16. Stadium Medeka , VI terletak di bukit bernama asalnya Bukit Petaling.

17.Bandar Tun Razak nama asalnya Kampung Congo .

18. Bandar Sunway ber
berasal dari nama Sungei Way.

19.Taman Dato Harun asalnya bernama Tapak Maha .

20.Bukit Nanas ( letaknya sekolah St John’s dan CBN ) asalnya bernama Weld Hill.

21. Tapak KL Tower dulu bernama Bucket Weld Forest Reserve.

22. Tapak KLCC asalnya Kelab Lumba Kuda Selangor.

Sekian. 😑😑

Bunuh covid 19.

Tolong Infokan kpd Saudara2, Sahabat kita yg dijangkiti Covid 19 atau yg akan di Swab.
Ini ubat Herba yg Mujarab sekaligus Anugerah dari Allah, yg mudah didapat dan tersedia di sekitar kita utk Membunuh VIRUS & COVID. 19.

Bahan2nya Sbb :

🥥 Air KELAPA MUDA (1 biji)

🍈 Air LIMAU NIPIS (1 biji)

🥄 GARAM 1/2
Sudu Teh….

🥃 MADU 2 Sudu

Semuanya dicampur dan diminum Airnya.
1 jam kemudian Virusnya dijamin akan hilang dan Hasil SWAB Test akan kembali Normal dan dinyatakan Negatif….
Mudah-mudahan Semuanya dalam Keadaan Sihat Walafiat.

Note :
Infokan kpd Sahabat & keluarga.
Semoga Bermanfaat

Sudah di cuba kepada Pesakit….

Swab pertama : Hasilnya dinyatakan POSITIF Covid 19….

Sehari selepas itu minum Ramuan ini dan ditest Swab semula…..keputusannya NEGATIF*🤝🤝🤝

VIRALKAN : Agar MALAYSIA NORMAL KEMBALI.

Target : 33.5 Juta Penduduk Malaysia Baca dan Minum – Minuman HERBA Ini Agar Terhindar dari COVID 19….amin amin amin….

Tarim.

Covid-19 di Tarim?

Saya keluar dari Malaysia untuk ke Tarim ketika negara kita Malaysia baru sahaja mengumumkan lockdown atau PKP 3.0 .
Ketika itu kes harian di Malaysia adalah 7000-9000 kes sebelum ia turun dan kembali melonjak pada hari ini.

Sudah semestinya, saya ketika di Malaysia mengikup SOP² yang ditetapkan oleh kerajaan. Sebelum saya tiba airport Seyun , saya dah 2 kali melakukan swab test dalam masa 1 minggu. Di Sungai Petani sebelum flight dari KL ke Cairo dan di Cairo sebelum flight dari Cairo ke Seyun.

Tidak dinafikan, ketika saya di Malaysia, saya agak risau dan bimbang untuk bertemu ramai kawan kawan , saya juga terasa risau jika ada orang yang batuk atau selsema berhampiran saya, perkara itu berlarutan sehinggalah seminggu-dua selepas saya sampai di Kota Tarim.

Ketika saya sampai di Airport Seyun, bayangkan orang yang bekerja di Airport saja sudah tidak memakai mask, tiada hand sanitizer, apatah lagi masyarakat didalamnya Kehidupan mereka memang benar benar normal dan klasik seperti sebelum tahun 2020.

Sekarang setelah sebulan lebih saya berada di sini, setelah saya berbual dan bertanya kepada begitu ramai orang disini, samaada orang asal disini mahupun orang orang Malaysia yang ada disini berkaitan Covid-19 di sini .
Saya dapati terdapat khilaf dari jawapan mereka.

Majoriti mereka apabila ditanya tentang Korona, mereka akan menjawab bahawa Korona tiada dan ia hanya pendustaan semata mata.

Jawapan dari kelompok kedua dan ia merupakan jawapan minoriti.
Mereka mengatakan bahawa situasi mencemaskan dilanda Korona di Kota Tarim ini hanya berlaku dalam tempoh kurang lebih dua minggu . Ada yang mengakui bahawa mereka pernah diserang Covid-19. Ada yang mengakui merasai simtom² Covid-19 seperti hilang deria bau, hilang deria rasa, sesak nafas dan sebagainya . Bahkan saya temui seorang yang berusia 60 tahun mengakui bahawa beliau diserang Covid-19 dan hanya terbaring di atas katil selama 1 bulan . Beliau menyatakan bahawa beliau hanya merawat diri dengan mengamalkan makan madu, bawang putih, dan habbatus sauda serta beberapa herba lain.
Saya melihat jawapan dari kelompok kedua yang minoriti ini lebih tepat. Dan jika demikian, boleh dirumuskan bahawa hampir kesemua penduduk Tarim telah terkena Covid-19 dan mereka yang hidup sekarang telah mempunyai immune system yang mampu menghadapi serangan Covid-19 . Seolah olah mereka semua telah divaksin. Demikian yang saya faham dari maklumat maklumat kesihatan dari awal Covid-19 tersebar..

Walaupun khilaf dalam jawapan mereka, namun mereka tetap sama dalam pendirian mereka. Mereka berpegang teguh dengan penuh keyakinan bahawa kita hidup tidak perlu takut kepada mati. Kerana mati akan datang walaupun kita tidak ditimpa penyakit.
Yang perlu dirisaukan bukanlah kematian itu sendiri, tetapi dalam keadaan yang bagaimana kita mati menghadap Allah. Mereka juga berkeyakinan bahawa ketika kita takut akan sesuatu, maka ia akan menimpa kita … Dan ketika seseorang terlalu takut , maka ia akan melemahkan sistem pertahanan badan (immune system).

Pendirian mereka ini yang membawa kepada ketenangan jiwa . Mereka juga sedar tentang hakikat bahawa bala dan wabak tidak terangkat melainkan dengan kembali kepada Allah. Memohon keampunan dan mengimarahkan Rumah Rumah ALLAH. Majlis zikir, majlis ilmu yang begitu banyak disini menjadi asbab menjemput tercurahnya Rahmat Allah. Dan apabila Rahmat Allah mencurah, mana mungkin akan terhimpun bala kemurkaan dengan RahmatNya . Beginilah caranya mereka menghadapi pandemik Covid-19.

Ketika dunia sedang sibuk dan risau dengan pelbagai varian yang baharu yang tersebar. Penduduk di Kota Tarim terus tenang menjalani kehidupan , amal ibadah seperti biasa. Bahkan mereka begitu gembira jika tetamu tetamu dari serata dunia mengunjungi tanah air mereka .

Sejak dari awal tersebarnya Covid-19, mereka tidak pernah menghalang orang luar untuk berkunjung ke tempat mereka…

Tujuan dari penulisan ini, bukanlah untuk saya mengatakan bahawa apa yang diusahakan oleh kerajaan Malaysia untuk menangani Covid dengan Sop² yang diperkenalkan itu salah, hanyasanya saya ingin berkongsi bagaimana cara penduduk dari Kota Sejuta Wali yang penuh Barokah ini menghadapi Pandemik ini.
MEREKA TENANG DAN KEMBALI KEPADA ALLAH!!!

Ketika ini, saya memohon kepada Allah , semoga Allah mengekalkan keamanan dan kesejahteraan di Hadramaut dan di Tarim khususnya. Semoga Allah mencampakkan ketenangan kedalam hati hati para saudara dan sahabat sahabat di Malaysia . Dan semoga Allah mengangkat wabak dan bala dari Malaysia khususnya dan dari seluruh tanah tanah yang dihuni umat Islam di seluruh dunia.

Kawan.

*ADAT BERKAWAN*

*Bagus kata kata ini..Idea siapalah agaknya*

Dari kawan ada yang menjadi rapat.
Dari kawan ada yang menjadi sahabat.
Dari kawan ada yang menjadi kekasih.
Dari kawan ada yang menjadi isteri /suami.
Dari kawan ada yang menjadi ipar.
Dari kawan ada yang menjadi biras.
Dari kawan ada yang menjadi bisan.
Dari kawan ada yang menjadi mertua.
Dari kawan ada yang menjadi madu.
Dan dari kawan ada yang menjadi lawan.
Itulah lumrah kita dalam berkawan…

Bila berkawan dengan ramai kawan ini…

Baru kita sedar…
Bukan semua kawan kita hidup sempurna…
Mungkin dia banyak duit…
TAPI ada broken famili…
Ada yang tak berduit…
TAPI ada keluarga yang bahagia…
Dari kawan itulah kita belajar sesuatu…

Nak cakap tentang kecewa dan terasa hati dengan kawan- kawan…
Sampai bila2 takkan habis…
Namun disebabkan nak HUBUNGAN itu kekal panjang…
Kena ‘fake’kan semuanya…

Fake smile…
Fake feelings… dan
Fake emotions…
Kerana sayangkan kawan2…

Jangan kerana kita lihat kawan kita sering ketawa…
Sering tersenyum…
Tidak bererti dia tidak boleh terluka…
Kita sama-sama manusia…
ADA HATI dan PERASAAN…

Jadi, jangan kita perlakukan kawan kita itu sesuka hati…

Dalam berkawan kena ada satu prinsip…
Tak puas hati tanya depan2…
Jangan dengar dari orang lain sebab setiap lidah manusia itu ada ‘RACUN’ yang berbisa!!!

Demi mengelakkan dari salah faham dan permusuhan…
Tak kiralah jika kita ada kawan yang jenis nakal…
Masuk air kaa…
Suka buat lawak merapu sekali pun…
Jika dia seorang kawan yang baik…
Dia akan berani menegur salah dan silap kita!!!

Seorang kawan yang baik akan menerima teguran dari kawan2 sebaik2nya…
Dengan hati yang terbuka…
Lebih-lebih lagi tentang kebaikan dan mengingatkan kita kepada ALLAH…

Kawan ketawa memang ramai…
Kawan menangis sukar dicari…
TAPI mereka mungkin tiada dengan kita di saat susah…
Namun siapa tahu, dalam diam mereka tetap mendoakan kita…

Jadi jangan kita berburuk sangka pada kawan2!!!

Suatu masa nanti…
Satu demi satu kawan akan meninggalkan kita…
Masing2 dengan tujuan yang berbeza…
Mungkin antara kita juga ada yang telah terpisah buat selama2nya…

Yang tinggal cuma
KENANGAN dan NAMA…

Hargailah dan sayangilah kawan2 kita selagi hayat masih ada…

Al-Fatihah utk sahabat kita yg telah pergi dahulu… 😭

Berkawan biar saling mengingatkan bukan saling menyalahkan…In Sya Allah.

1924.

Drama Sentap

Kapal Haji 1924

Cerita

Haji Abdul Majid bin Zainuddin, Pegawai Haji Tanah Melayu yang pertama telah mencatatkan pengalamannya menunaikan haji pada tahun 1924. Antara catatan beliau yang menarik adalah seperti berikut:-

• Kos menunaikan haji sekitar 500 hingga 600 Ringgit Malaya.

• Jemaah haji akan bertolak / mula belayar pada bulan Rejab iaitu lima bulan sebelum bulan Haji (Zulhijjah)

• Sebelum berangkat menunaikan haji, kenduri doa selamat akan diadakan oleh orang yang ingin menunaikan haji.

• Ada dua pelabuhan untuk berangkat ke Mekah iaitu Singapura dan Pulau Pinang

• Pelayaran dari Tanah Melayu ke Mekah mengambil masa antara 13 hingga 17 hari.

• Sebelum kapal sampai ke pelabuhan Jeddah, kapal akan singgah di Pulau Camaran yang terletak sekitar 500 batu dari pelabuhan Jeddah terlebih dahulu untuk dikuarantinkan. Semua jemaah mesti mandi dengan air garam dan mereka mesti mencuci pakaian mereka dengan wap pembasmi kuman.

• Kapal laut hanya akan berlabuh sekitar 5 batu dari pelabuhan kerana pelabuhan Jeddah banyak batu karang.

• Dari kapal laut, jemaah haji akan menaiki perahu Arab yang dinamakan sebagai Dhow bersama semua barangan mereka menuju ke pelantar pelabuhan Jeddah.

• Jemaah haji akan dipimpin oleh seseorang yang dinamakan sebagai Syeikh Haji yang mana bertindak sebagai mutawif dan pembimbing.

• Sampai di pelabuhan, barangan mereka akan diperiksa oleh kastam dan seterusnya mereka akan membawa barang mereka ke atas kereta keldai lalu di bawa ke rumah tumpangan yang telah disediakan.

• Kota Jeddah kotor, berdebu dan sempit serta banyak nyamuk dan lalat.

• Di situ ada telaga besar sebagai sumber air dan air di Jeddah tidak sebaik air di kampung-kampung Melayu.

• Jemaah haji tidak boleh tinggal di Jeddah lebih dari dua hari.

• Sebelum bertolak ke Mekah, jemah haji telah siap memakai ihram. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa dua hari dengan menaiki unta. Seekor unta dinaiki oleh dua orang jemaah.

• Jemaah haji Tanah Melayu akan singgah bermalam di sebuah tempat yang bernama Bahra. Di sini terdapat orang-orang Arab Badwi yang menjual kayu api. Setiap jemaah akan memasak sendiri nasi dan lauk yang mereka bawa dari tanah air

• Masalah besar yang dihadapi oleh jemaah haji Tanah Melayu ialah bekalan air mereka sering dicuri oleh orang Arab ketika mereka bermalam. Ini menyebabkan mereka kehausan dalam perjalanan ke Mekah.

• Apabila sampai di Mekah, mereka akan menunaikan umrah terlebih dahulu yang dinamakan di kalangan orang Melayu sebagai ‘haji kecil’.

• Sumber air di Mekah jauh lebih bersih dari Jeddah kerana terdapat air yang dialirkan dari pergunungan Taif ke Mekah melalui terusan Zubaidah.

• Di sekeliling Kaabah, terdapat empat buah pondok iaitu tempat imam-imam bagi keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

• Pada satu dan dua Ramadan, jemaah haji Tanah Melayu akan berangkat ke Madinah bagi menziarahi masjid dan makam Nabi SAW.

• Selepas menunaikan tawaf wida’, jemaah haji Tanah Melayu akan menaiki unta untuk menuju ke Madinah.
Perjalanan ke Madinah mengambil masa 13 malam.

• Jalan dari Mekah ke Madinah ada dua yang pertama dinamakan sebagai Jalan Sultan dan yang kedua dinamakan sebagai Jalan Ghir.

• Jika jemaah haji melalui Jalan Sultan, maka mereka akan singgah di 11 buah perhentian untuk berehat iaitu Wadi Fatimah, Asfan, Dof, Qadimah, Rabigh, Mastura, Bir Syaikh, Bir Hassan, Bir Khalas, Bir Abbas dan Bir Darwish.

• Jemaah haji hanya akan melakukan perjalanan pada waktu malam kerana mengelak cuaca yang panas. Perjalanan setiap hari bermula sekitar pukul 4 petang dan singgah berhenti pada pukul 4 pagi.

• Sepanjang dalam perjalanan, jemaah haji tidak dibenarkan mengambil air telaga kerana telaga-telaga adalah milik puak-puak Arab Badwi. Maka mereka terpaksa membeli air-air yang dijual oleh Arab Badwi yang mana air-air itu dibawa dengan bekas kulit kambing.

• Walau bagaimanapun, di Wadi Fatimah terdapat saluran air semulajadi. Maka di sinilah rombongan jemaah haji berpeluang untuk mandi dan membasuh baju dengan percuma.

• Disebabkan perjalanan dilakukan pada waktu malam, rombongan jemaah haji terdedah dengan bahaya rompakan dan peras ugut dari puak-puak Badwi. Ramai jemah haji yang dirompak dan diperas ugut. Ada yang ditahan selama beberapa hari yang menyebabkan mereka tiba di Madinah lebih dari 13 malam. Malah ada yang dibunuh.

• Jemaah haji penulis sendiri ditahan di Bir Abbas selama 9 hari.

• Semasa zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyah, perkara ini tidak berlaku kerana setiap rombongan jemaah haji akan diiringi oleh tentera-tentera Uthmaniyah.

Nota Kaki
Ada banyak lagi catatan yang menarik yang dikongsikan oleh Haji Abdul Majid terutamanya tentang peristiwa haji.

Setakat ini dulu perkongsian saya buat kali ini. Jika ada waktu, saya akan kongsikan lanjutan catatan kisah mengerjakan haji oleh Haji Abdul Majid ini.

Betapa mujahadahnya nenek moyang kita dulu mengerjakan haji. Itu belum lagi diceritakan tentang kesusahan semasa dalam pelayaran sehingga menyebabkan ramai yang meninggal dunia.

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam.

Psst : Semuga Allah Taala memilih kita untuk datang ke rumah NYA….amin

Covid 19 turun.

https://www.facebook.com/100049290457446/posts/242642367388777/
Jika PH memerintah – Tol hapus
Jika PH memerintah – Hutang PTPTN hapus
Jika PH memerintah – Tun Mahathir akan didakwa
Jika PH memerintah – AES hapus
Jika PH memerintah – Bawa balik Jho Low
Jika PH memerintah – BRIM naik
Jika PH memerintah – 1 juta peluang pekerjaan
Jika PH memerintah – Harga barang turun
Jika PH memerintah – Maruah orang melayu dikembalikan
Jika PH memerintah – Kuasa mahkamah lebih adil dan berintergriti
Jika PH memerintah – Harga minyak turun
Jika PH memerintah – Hutang peneroka Felda hapus
Jika PH memerintah – MH 370 lebih cepat dijumpai

Hari ini jika PH memerintah – Kes Covid terus turun….

Siapa yang percaya lagi?…choiii…